Jemputan digital, cara baru
Satu pautan.
Semua tetamu tahu ke mana nak pergi.
Cipta RSVP untuk majlis aqiqah, kenduri kesyukuran, perkahwinan, hari jadi, tahlil, doa selamat dan pelbagai majlis lain — kemudian kongsikannya dengan keluarga dan rakan taulan dalam beberapa saat, terus dari telefon anda.
Tiga langkah sahaja
Isi butiran majlis
Jenis majlis, tarikh, lokasi, dan semua butiran yang tetamu anda perlukan.
Kongsi pautan
Kongsi melalui WhatsApp, Telegram atau mana-mana platform lain. Tetamu boleh mengisi RSVP terus tanpa perlu mendaftar akaun.
Semak senarai tetamu
Lihat siapa yang akan hadir, jumlah tetamu dan ucapan mereka — semuanya dalam satu dashboard.
Harga yang jelas
Percuma untuk mula. Bayar sekali sahaja jika perlukan nama tersendiri.
Percuma
RM0
Pautan rawak, siap dalam seminit. Sesuai untuk majlis kecil-kecilan.
Pakej Termasuk:
- Ubah Suai Mengikut Kehendak
- Kiraan Detik Menuju Acara (Countdown)
- Simpan ke Kalendar (iOS, Android dan Outlook)
- Pautan Waze & Google Maps dengan Koordinat
- Kod Pakaian
- Atur Cara Majlis
- Orang untuk Dihubungi
- Lagu Latar (Background Music)
- Dwibahasa (BM & English)
Nama Pilihan
RM22.90
PromosiTetapkan nama pautan anda sendiri supaya mudah diingati tetamu.
Pakej Termasuk:
- Ubah Suai Mengikut Kehendak
- Kiraan Detik Menuju Acara (Countdown)
- Simpan ke Kalendar (iOS, Android dan Outlook)
- Pautan Waze & Google Maps dengan Koordinat
- Kod Pakaian
- Atur Cara Majlis
- Orang untuk Dihubungi
- Lagu Latar (Background Music)
- Dwibahasa (BM & English)
- RSVP
- Doa & Ucapan
- Sembunyikan Ucapan Tidak Diingini
- Nama Pautan Sendiri
- Hadiah Wang / Salam Kaut
- Senarai Hajat (Wish List)
- Galeri Gambar
Tambahan (Add-Ons)
Beli bila-bila masa dari dashboard majlis anda.
Hadiah Wang / Salam Kaut
Terima hadiah wang (Salam Kaut) secara digital terus ke majlis anda.
Muat Naik Tema Sendiri
RM15
Muat naik reka bentuk kad sendiri.
Kad PDF Boleh Dimuat Turun
RM10
Kad PDF dua halaman mengikut tema jemputan, lengkap dengan butiran majlis dan kod QR lokasi.
Boleh dibeli dari dashboard majlis anda selepas anda mencipta jemputan.
Soalan lazim
Jawapan ringkas sebelum anda mencipta jemputan.
Adakah eTetamu benar-benar percuma?
Ya. Anda boleh mencipta dan berkongsi jemputan digital menggunakan pakej Percuma. Naik taraf dan tambahan pilihan tersedia jika anda memerlukan lebih banyak ciri.
Apakah beza antara Kad Jemputan dengan RSVP Standalone?
Kad Jemputan memberi anda kad jemputan digital penuh dengan design, atur cara majlis dan RSVP terbina di dalamnya. RSVP Standalone pula untuk anda yang sudah ada kad jemputan sendiri (contohnya dari Canva atau vendor lain) dan hanya perlukan borang RSVP untuk kumpul kehadiran dan ucapan tetamu.
Adakah tetamu perlu mempunyai akaun untuk RSVP?
Tidak. Tetamu boleh menghantar RSVP terus melalui pautan jemputan tanpa mencipta akaun. Hanya pencipta jemputan memerlukan akaun eTetamu.
Bolehkah saya menukar design kemudian?
Ya. Anda boleh menukar design pada bila-bila masa dengan memilih tema lain yang tersedia. Anda juga boleh memuat naik design sendiri melalui tambahan Tema Sendiri.
Apakah yang berlaku selepas majlis saya?
Pautan jemputan anda kekal aktif selama sebulan selepas tarikh majlis. Selepas itu, pautan akan tamat tempoh.
Bolehkah saya menggunakan design sendiri?
Ya. Muat naik design anda melalui tambahan Tema Sendiri dan ikuti saiz imej yang disyorkan untuk hasil terbaik.
Bagaimanakah Salam Kaut berfungsi?
Tambahkan kod QR pembayaran anda pada jemputan. Tetamu boleh mengimbasnya untuk menghantar hadiah wang menggunakan aplikasi pembayaran atau perbankan yang disokong.
Bolehkah saya mengedit jemputan selepas berkongsinya?
Ya. Anda boleh mengemas kini jemputan pada bila-bila masa, walaupun selepas dikongsi, sehingga pautan jemputan tamat tempoh.
Cerita etetamu
Panduan untuk bakal pengantin
Baca checklist, tip bajet dan idea majlis yang praktikal.
Sedia untuk menjemput tetamu anda?
Cipta jemputan digital pertama anda secara percuma. Anda boleh pilih design dahulu atau terus isi butiran majlis.


